Impian Seorang Muslimah


Wahai calon Imam solatku,

jika diriku diterima kerana kelebihan

kau kan kecewa bila terlihat kekurangan

jika diriku diterima kerana kecantikan

kau kan bosan bila ia

beransur hilang..


Wahai calon imam solatku,

jelaskan niat dan matlamat

menerimaku kerana agama

baru hidup beroleh berkat

bahagia hingga ke syurga...


Wahai calon imam solatku,

ingatkanlah aku tatkala aku alpa...

jangan biarkan aku 

leka dengan dunia yang sementara...

Wahai calon imamku,

kaulah bakal pemilik cintaku

setelah Allah dan Rasul...


# KAULAH PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL

Sahabat Sejati


Sahabat,
lamanya kita berkenalan
bagai baru semalam kita berjumpa

Sahabat,
tika ku kedukaan
kau bisikkan bicara keinsafan...

Sahabat,
kau beri kekuatan,
tika aku diuji dgn cubaan

Sahabat,
saatku kekurangan keyakinan
kau katakan rahmatNya
mengatasi segala


Sahabat,
sungguh aku syukur pdNya
kerana dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan menghampiriNya
tika diri dlm kebuntuan..

Taubat Seorang Hamba


Tatkala matahari itu terbenam,
makin byk dosa yang dilakukan
masihkah ada ruang untukku meraih redhaMu ya Allah?


Ya Allah,
kuinsafi kekurangan diri ini
ku insafi kelemahan diri ini....


Ya Allah,
kukesali kejahilan ini
oh tuhan maha kuasa
terima taubat hambamu yang hina


Ya Allah,
jangan kau palingkan hati hambaMu ini
tatkala Engkau gerakkan hati ini
untuk mengingatiMu


Ya Allah,
aku zalimi diri ini
sekiranya diri ini tidak peroleh
keampunan dan kerahmatanMu...


Ya Allah,
ampunkanlah dosa2 hambuMu ini
gelap rasa dunia ini jika tanpa rahmatMu


Ya Allah,
terangilah jalanku ini utk ke syurgaMu
dan kau tunjukki lah dgn hidayahMu
hanya pdMu  ku Hambakan diri
mohon keampunan..

Hindarilah Wahai Anak


Bila seronok aku cari psgnku
Bila sedih aku cari ibu...
Bila berjaya aku cari pasanganku
Bila gagal aku cari ibu....
Bila bahagia aku peluk erat psgnku


Bila berduka aku peluk erat ibu
Bila cuti aku bawa psgnku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine aku bagi hadiah pada psgnku
Bila sambut hari ibu aku hanya ucap 'selamat hari ibu'....


Selalu... aku ingat psgnku
Selalu... ibu ingat kat aku
Bila-bila... aku telefon psgnku
Entah bila... aku telefon ibu
Selalu.. aku belikan hadiah kpd psgnku
Entah bila... aku belikan hadiah untuk ibu...


Jangan menyesal tatkala ibu tinggalkan kita utk slamanya...

Mawar Berduri


Wahai muslimah yang dikasihi,


Jagalah dirimu,


Allah tidak akan membiarkanmu didekati lelaki


Meskipun cintanya utkmu kerana Allah


Jika Allah membiarkan lelaki itu menjaga kita,


Dimana Allah untuk menjaga kita?


Dimanakah cintamu utk Allah?


Allah seakan-akan melepaskan kita utk dijaga lelaki yang sering membuat kita terluka..


Apa yang harus diragu?


Kekuatan harus dicari..

Untukmu Muslimah


Wahai muslimah yang dikasihi,


Jagalah dirimu,


Allah tidak akan membiarkanmu didekati lelaki


Meskipun cintanya utkmu kerana Allah


Jika Allah membiarkan lelaki itu menjaga kita,


Dimana Allah untuk menjaga kita?


Dimanakah cintamu utk Allah?


Allah seakan-akan melepaskan kita utk dijaga lelaki yang sering membuat kita terluka..


Apa yang harus diragu?


Kekuatan harus dicari..


Buatmu Sahabat


Angin,
bila kau berhembus melaluinya
katakan pdnya
 aq teman dia selamanya


Air,
bila kau  mengalir disisinya
sampaikan psnku ini
aq bersyukur
kerana dipertemukan dgnnya


Burung,
bila kau terbang melintasinya
katakan pdnya
aq merindui persahabatan drnya


Matahari,
bila kau menyinarinya
sampaikan pesanku ini
aq memohon ats sgalanya
terima kasih ats sgalanya